RSS
Selamat Datang ke Layar24. Segala sipnosis, Senarai pelakon dan juga review filem melayu terdapat disini.

LAYAR24 ALBUM

FILEM MANTRA




SINOPSIS

Metrowealth (MIG) sekali lagi mempertaruhkan genre seram aksi untuk filem ke-38 terbitannya. Mantra, merupakan buah tangan terbaru daripada pengarah Azhari Zain yang dilihat mampu mencipta fenomena baru dalam pembikinan filem tempatan. Mantra memperlihatkan bagaimana ilmu hitam menguasai diri manusia sehingga memberi kesan yang mendalam. 
Melihat kejayaan Filem Santau yang mendapat kutipan 4.3 juta termasuk tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei. Mantra yang merupakan filem seram kedua arahan Azhari Zain ini di lihat mampu memberikan saingan yang kreatif dalam penerbitan filem seram tanahair dan berupaya menyaingi filem-filem seram terbitan negara asia yang lain. 
Keunikan Mantra adalah kerana ianya merupakan filem yang pertama dan terakhir bakal memaparkan Penjara Pudu sebagai lokasi pengambaran sebelum ia dirobohkan. 
Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir  (Zul Handy Black) dianiaya oleh Hasbi (Hasnul Rahmat) demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir, Rindiani (Ana Dahlia). Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.
Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah (Rozaidi Abdul Rahman) yang bakal menemui ajalnya. 
 
Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. 
Lalu muncullah Pak Long (Hamdan Hj. Ramli), seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. 
Akibat cintakan isteri dan terdesak, Hafif telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi.
Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. 
Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi.

SOALAN 1 : NAMAKAN SUTRADARA FILEM MANTRA ?
SOALAN 2 : NAMAKAN PELAKON UTAMA LELAKI FILEM MANTRA?

Hantarkan jawapan beserta nama penuh, no. tel dan alamat email anda dan emailkan ke al_jawahirul@yahoo.com sebelum 28 JULAI 2010. Hanya 3 pemenang yang bertuah memenangi 2 keping tiket bagi menonton filem Mantra sumbangan Metrowealth Pictures Sdn. Bhd. Nama pemenang akan diumumkan melalui blog ini selepas tarikh tutup penyertaan atau pihak kami akan menghubungi anda. 


TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG KUIZ MANTRA



1. FAIRUZ BIN MOHD ZAIT    EMAIL : joe_sennza@yahoo.com 
2. AUZAN AYUB                       EMAIL : auzan.a@gmail.com
3. NOR INDAH KHAIRI            EMAIL : indah@radio24.com.my


 
Enhanced by Zemanta

0 comments:

Catat Ulasan

 
Copyright 2010 LAYAR 1MALAYSIA 1 FILEM. All rights reserved.
Layar24 Presented by Areyap.
Bloggerized by Areyap