RSS
Selamat Datang ke Layar24. Segala sipnosis, Senarai pelakon dan juga review filem melayu terdapat disini.

LAYAR24 ALBUM

HOOPERZ


SERTAI KUIZ HOOPERZ DAN DAPATKAN 2 TIKET WAYANG PERCUMA. MAKLUMAT PENYERTAAN DISERTAKAN DIBAWAH (SILA BACA DENGAN TELITI):- 

 






SINOPSIS :

Hooperz adalah sebuah filem drama ringan dengan babak-babak komedi yang mengisarkan kehidupan 7 orang pemain bola jaring untuk pasukan kolej mereka yang dikenali sebagai ’Hooperz’.  
Pasukan mereka gagal beraksi cemerlang di gelanggang kesan masalah peribadi yang dialami mereka sendiri, hinggakan mereka sukar bekerjasama sebagai satu pasukan. 
‘Hooperz’ dianggotai Atylia (Intan Nor Saina) yang mempunyai kecacatan lengan tetapi merupakan penjaring utama dalam pasukannya. 
Atylia tinggal bersama ayahnya Profesor Iqbal, seorang angkasawan yang kecewa dan kini menjadi pensyarah fizik di sebuah kolej.
Ketua pasukan ‘Hooperz’, Zulaikha (Melissa Maureen Rizal) pula sentiasa berusaha untuk menyatukan pemain pasukannya sementara si penjaga gol iaitu Arzwar (Akma AF) sering dihantui kelibat anak kecil yang muncul dalam hidupnya. Ahli pasukan yang lain seperti Saidatul (Anita Baharom), Sue (Dawn Jeremiah), Nino (Juliana Evan) dan AJ (Nur Zazleen Zulkafli) juga mempunyai kisah hidup mereka tersendiri. Filem ini membawa anda menyelami kesungguhan setiap ahli pasukan ‘Hooperz’ dalam menghadapi dugaan, kadangkala lucu, untuk mengubah nasib pasukan mereka dan juga masa depan mereka sendiri. 
BARISAN PELAKON FILEM HOOPERZ:


Melissa Maureen - Wan Zulaikha (Pelakon Utama)
Zazleen Zulkafli - AJ (Pelakon Utama)
Juliana Evans - Nino (Pelakon Utama)
Dawn Jeremiah - Sue Wei (Pelakon Utama)
Intan Nor Saina - Atylia (Pelakon Utama)
Anita - Saidatul (Pelakon Utama)
Mazlan Abd Latiff - Prof Iqbal (Pelakon Pembantu)
Adibah Noor - Coach D (Pelakon Pembantu)
Amy Mastura - Coach Q (Pelakon Pembantu)
Remy Ishak - Nik (Pelakon Pembantu)
Mustapha Kamal - Wan Shamsuri (Pelakon Pembantu)
Catriona Ross - Wan Zurina (Pelakon Tambahan)
Irma Hasmie - Emak Saidatul (Pelakon Tambahan)
Othman Hafsham - Dato Azimin / Ayah Azwar (Pelakon Tambahan)
Rozie Rashid - Datin Raudah / Emak Azwar (Pelakon Tambahan)
Ali Rose - Ayah Nino (Pelakon Tambahan)



Pengarah : Rosihan Zain
Syarikat Penerbit : Primeworks Studios Sdn Bhd (Formelly known as Grand Brilliance Sdn. Bhd.) , MHZ Film Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 22 April 2010


SERTAI KUIZ HOOPERZ DAN DAPATKAN 2 TIKET WAYANG PERCUMA 

SOALAN 1 : NAMAKAN SUTRADARA FILEM HOOPERZ ?
SOALAN 2 : NAMAKAN KETUA PASUKAN HOOPERZ?
SOALAN 3 : SIAPAKAH YANG MEMEGANG WATAK SEBAGAI COACH Q?
SOALAN 4 : FILEM HOOPERZ ADALAH TERBITAN GRAND BRILLLIANCE DENGAN KERJASAMA PENERBITAN SYARIKAT APA?
SOALAN 5 : NAMAKAN KETUA PASUKAN HOOPERZ?

Hantarkan jawapan beserta nama penuh, no. tel dan alamat email anda dan emailkan ke al_jawahirul@yahoo.com sebelum 9 MEI 2010. Hanya 10 pemenang yang bertuah memenangi 2 keping tiket bagi menonton filem Hooperz sumbangan Grand Brilliance  Sdn. Bhd. Nama pemenang akan diumumkan melalui blog ini selepas tarikh tutup penyertaan atau pihak kami akan menghubungi anda. 

Tahniah!

Senarai nama pemenang filem Hooperz:-

1.  Engku zafirah ku abd rahim email: grep_bisx87@yahoo.com
2.  Suliza sulaiman email:grep_bisx87@yahoo.com
3.  YUSNIDAH BTE YAHYA email : ayus56_elitz@yahoo.com


4.  Azhar mohd isa email : ah.azhar@yahoo.com
5.  Fuzahir nayan  email : fuzahirnayan@yahoo.com
6.  Natasha shaheera fuzahir  email : tashasheera@yahoo.com
7.  NUR HAFIZZA BT MAT YUNUS Email  : fizza_my@yahoo.com
8.  KAMARUL ARIFF BIN BASRI email : xcellstudios@gmail.com
9.  Halmi Mohd Emails: petoten@yahoo.com  
10. Nor Effendy Bin Mohd Diah  email :  fendy191@yahoo.com

SILA HUBUNGI 0126276082 (NIZUAN) PADA WAKTU PEJABAT UTK MENGAMBIL TIKET ANDA SEBELUM 14 MEI 2010
  



Secara keseluruhannya filem ini adalah berkisarkan sekumpulan remaja yang menyertai satu pertandingan bola baling dan dalam mengharungi pertandingan tersebut pelbagai cabaran yang dihadapi terutamanya apabila terdapat ketidak sefahaman diantara mereka.
Filem ini lebih menjuruskan kisah kehidupan remaja dalam bersukan dari segi konflik keluarga dan setiakawan.
Sebagai pengarah baru, beliau cuba menggarap filem genre sukan dengan elemen-elemen kekeluargaan, remaja dan cinta bagi memenuhi selera penonton namun ianya agak kurang realistik terutamanya apabila babak flashback keluarga  Wan Zulaikha yang secara logiknya tidak ada keluarga yang akan bertutur dengan gaya yang sedemikian termasuk gurau senda yang seakan-akan dibuat-buat. Namun bila bercakap dari segi dunia filem sememangnya apa-apa pun boleh berlaku dan boleh dilakukan.
Kekerapan penggunaan flashback juga membuatkan perjalanan filem tersebut menjadi kurang lancar terutamanya apabila disaat-saat puncak penceritaan juga masih lagi terdapat flashback tentang keluarga kumpulan tersebut. 
Sepatutnya sebahagian dari flashback penceritaan kisah keluarga kumpulan Hooperz ini ada yang boleh disambung dan dijadikan satu jalan cerita tanpa perlu dipisah-pisahkan sehingga disaat-saat akhir pun masih belum habis bercerita tentang latar-belakang keluarga kumpulan tersebut. Boleh dianggap boring sedikit.
Walaubagaimana pun HOOPERZ adalah sebuah filem remaja yang mesti ditonton kerana ianya mempunyai mesej yang tersirat dan nilai-nilai moral yang tinggi.

SEKITAR MAJLIS PREVIEW FILEM BELUKAR





SEKITAR MAJLIS PRATONTON MEDIA FILEM BELUKAR BERLANGSUNG PADA 20 APRIL 2010 PUKUL 9.45 PAGI BERTEMPAT DI HALL7, GSC 1 UTAMA (NEW WING), BANDAR UTAMA, PETALING JAYA . KESEMUA ARTIS UTAMA, PENERBIT DAN PENGARAH TURUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS INI YANG DIANJURKAN OLEH METROWEALTH PICTURES SDN. BHD DENGAN KERJASAMA PRESTON ZAIDAN PRODUCTIONS.

SEBUAH FILEM HASIL CETUSAN IDEA DAN SUTRADARA JASON CHONG















 
                                  PRESTON ZAIDAN PRODUCTIONS
          

BELUKAR  TEAM :
Executive  Producer                        -      Datin  Zulhaila  Siregar
Producers                                           -      Zailani  Mansor
                             -      Siti  Rohaya  Matassan
                             -      Khardanie Anwa
                             -      Jason  Chong
                             -      Kamil  Misuari
Director , Screenplay  &  Script  -      Jason  Chong
DOP                                                  -      Ramli  Long
Art  Directors                                  -      Khardanie  Anwa
                        -     Datin  Zulhaila  Siregar
Editor                                                     -      Irene  Lim
Sound                                                   -      Nurzaidi  Abd Rahman
Music  Arrangement &  Directors -      Bakri  Ismail
                           -      Esham  Shahlin
Make -  Up  &  Wardrobe              -      Adnan  Rahman

Casts :
Eva                                                         -  Daphne  Iking
Nick                                                       -  Bront  Palarae
TKO                                                        -  Chew  Kin  Wah
Zailan                                                    -  Danny Anwa
En.  Farid                                              -  A.  Tamimi  Siregar
Hassan                                                  -  Azhar Sulaiman
Ivy                                                          -  Sabrina  Hassan
Hitam                                                    -  Eyzendy Aziz
Momok                                                -  Ray Redzuan Awang
Gincu                                                    -  Linora Low
Gong                                                     -  Xavier Fong
Pitt                                                         -  Azwan Kombos
Bodyguard  TKO                                -  Yazer Yusof (AF)
Hotel Trainee                                     -  Ekin Rahman (AF)
Mary                                                     -  Sharmila Rahayu Borhan

And others..

MAJLIS PRATONTON MEDIA FILEM HOOPERZ





SEKITAR MAJLIS PRATONTON MEDIA FILEM HOOPERZ BERLANGSUNG PADA 8 APRIL 2010 PUKUL 2.00 PETANG BERTEMPAT DI CATHAY E@CURVE. KESEMUA ARTIS UTAMA TURUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS INI YANG DIANJURKAN OLEH GRAND BRILLIANCE SDN. BHD DENGAN KERJASAMA KL MOTION PICTURE.




EVOLUSI KL DRIFT GEGAR DATARAN MERDEKA



























SEMERAH CINTA STILLETO


SERTAI KUIZ SEMERAH CINTA STILLETO DAN DAPATKAN 2 TIKET WAYANG PERCUMA. MAKLUMAT PENYERTAAN DISERTAKAN DIBAWAH (SILA BACA DENGAN TELITI):- 






SINOPSIS

Semerah Cinta Stilleto mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani). Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua-dua ibu bapanya. Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu kota.

Leto (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila.

Pertemuan Stila dan Leto bermula apabila ibu Stila iaitu Datin Fairuz (Nanu) ke pasar membeli ikan untuk dimasak bagi menyambut kedatangan teman lelaki Stila iaitu Raymond (Zed Zaidi) ke rumah. Kejadian tidak disangka berlaku.
Pergaduhan besar tercetus antara penjual ikan di pasar sehingga memaksa Datin Fairuz membatalkan niat untuk membeli ikan.

Di situlah, Leto terpandang dan tertawan dengan keayuan Stila. Dalam kejadian itu juga, Leto dibuang kerja. Pada malam pertemuan Stila dan Raymond, Stila telah cuba digoda dan dinodai Raymond. Stila lari dan berjalan seorang diri sehingga bertemu Leto dan kawannya Yani (Cat Farish).
Yani sebelum ini setiap hari mengganggu Stila untuk membalas dendam, tetapi mangsanya adalah Leto. Stila menendang punggung Leto sehingga berdarah dengan menggunakan stilletonya. Yani yang terkenal dengan sikap nakalnya telah membawa Leto mencuri kasut untuk dijual.
Kebetulan semula, rumah yang dicuri itu adalah rumah banglo keluarga Stila. Kehilangan stiletto telah mengundang rasa sedih Datin Fairuz dan membuatkan Stila berasa bersalah dan berusaha untuk mendapatkan sepasang lagi stiletto.
Pertemuan semula dengan Leto telah membantu Stila untuk mendapatkan semula kasutnya. Dalam tempoh pencarian stilletto itu, Stila terserempak ibunya bermesra bersama dengan lelaki lain tanpa rasa malu. Melihat sikap acuh tak acuh bapanya, Datuk Azahar (Shaharuddin Thamby)  akan tinggah laku isterinya, Stila mengikut Leto pulang.
Stila tidak tinggal di rumah kerana berasa kecewa dan sedih. Di rumah Leto, Stila telah bertemu dengan erti kesempurnaan hidup. Namun, hubungan Stila dan Leto mendapat tentangan dari keluarga Stila dan keraguan kedua ibu bapa Leto.
Dapatkah Stila mendapatkan stilettonya semula? Apakah reaksi Stila terhadap segala tindakan keluarganya?

Dan bagaimanakah kesudahan perhubungan antara Stila dan Leto? Segalanya terjawab dalam filem “Semerah Cinta Stiletto” terbitan ke-37 MIG production arahan Ahmad Idham.

SERTAI KUIZ SEMERAH CINTA STILLETO DAN DAPATKAN 2 TIKET WAYANG PERCUMA 


SOALAN 1 : NAMAKAN SUTRADARA FILEM SEMERAH CINTA STILLETO ?
SOALAN 2 : NAMAKAN WATAK YANG DIBAWAKAN OLEH LISA SURIHANI ?
SOALAN 3 : FILEM INI MERUPAKAN TERBITAN METROWEALTH KE ?

Hantarkan jawapan beserta nama penuh, no. tel dan alamat email anda dan emailkan ke al_jawahirul@yahoo.com sebelum 09 APRIL 2010. Hanya 10 pemenang yang bertuah memenangi 2 keping tiket bagi menonton filem Semerah Cinta Stilleto sumbangan MIG Production  Sdn. Bhd. Nama pemenang akan diumumkan melalui blog ini selepas tarikh tutup penyertaan atau pihak kami akan menghubungi anda. 

SENARAI NAMA PEMENANG FILEM SEMERAH CINTA STILLETO
  1. Suhazlin Bt Sulaiman Emails : elin_shazlin@yahoo.com
  2. Nor Zul-Izzi Bin Mat Nor Emails : nurizzi@ymail.com
  3. Mohd alif ariff bin yahya Emails : aaypeace@yahoo.com
  4. Abas Bin Othman Emails : abasothman@bernama.com
  5. NURUL AMALINA BINTI MOHD BIDI Emails : nurul.nina@gmail.com
  6. NURUL AZLIN BINTI ANOOR Emails : nurulazlyn1983@yahoo.com\
  7. Khairul Salleh Bin Mohd Radhi Emails : syafeq_buzz@yahoo.com
  8. AZHA BIN MARZUKI Emails : azhatmc@gmail.com
  9. Muhamad Azmir Zolkapli Emails : bt_180688@yahoo.com
  10. Mazurah Meran  Emails : azurameran@gmail.com      
KEPADA SEMUA PEMENANG DI MINTA HUBUNGI NIZUAN HANAFFI DITALIAN 012-6276082  SEBELUM 14 APRIL 2010

Kali ini MIG menghidangkan sebuah filem romantik komedi yang pengisiannya ringan dan biasa. Setelah beberapa siri filemnya yang sebelum ini temanya agak berat dan adakalanya membuatkan penonton terpaksa memikirkan akan kesudahan perjalanan filem tersebut. Antaranya seperti Adnan Sempit, Niyang Rapik, V3 Samseng Jalanan yang bersaing pula dengan Evolusi KL Drift 2.

Filem Semerah Cinta Stilleto menurut Encik David Teo selaku empunya filem ini sebenarnya kemunculan filem romantik komedi ini ditengah-tengah kehangatan filem-filem bergenre aksi dan  thriller  diharapkan dapat merehatkan minda penonton dengan sajian filem yang ringan dan menghiburkan.


Beliau beranggapan filem ini berupaya memberikan kepuasan terhadap penonton yang sememangnya dahagakan filem-filem genre seperti ini yang mana filem ini juga menyelitkan isu kekeluargaan, konflik percintaan, darjat dan moral yang dikupas dengan begitu teliti. Walaupun ada ketikanya terdapat sedikit klise namun sudah menjadi kebiasaan filem Melayu yang mana sukar untuk mengelakkan persamaan tersebut melainkan dengan menghiasinya dengan garapan dan naratif yang mengikut perspektif pengarahnya, saudara Ahmad Idham.


Dari sudut lakonan terutama watak Stila (Lisa Surihani) dan Leto (Farid Kamil) nampak keserasiannya mungkin kerana mereka berdua sudah beberapa buah filem telah digadingkan bersama sebagai hero dan heroin dan disamping desas-desus yang mengaitkan perhubungan cinta mereka berdua. sebelum ini  walaupun Farid Kamil telah dikaitkan dengan Daniel Daniella. Watak Leto yang bersahaja dengan kostum kelas kedua berupaya menukarkan karektornya berbanding lakonannya sebelum ini.

Manakala watak Stila dengan kostum kelas atasan pula seakan-akan kurang menyerlah mungkin kerana pengarah atau skrip tersebut yang mahukan beliau seperti itu. Secara logiknya seorang anak yang berkedudukan kebiasaannya tidak menolak unsur-unsur sosial melainkan digarap dengan konflik ideologi yang berbeza diantara anak dengan ibubapanya.

Begitu juga dengan babak apabila Raymond yang bakal ditunangkan dengan Stila secara tiba-tiba ingin mencabul kehormatannya ketika kali pertama mereka berdua keluar bersama dianggap agak terburu-buru tapi mungkin kerana kesuntukan masa namun bagi mewujudkan babak seperti itu tidak sepatutnya perlu dilakukan di pusat karaoke kerana situasi tersebut boleh dilakukan dengan kaedah yang berlainan yang lebih logik.

Walaupun terdapat beberapa babak yang dianggap seperti terlalu short-cut  namun keseluruhan perjalanan filem tersebut berupaya menambat hati penonton dengan aksi-aksi komedi bersahaja lakonan artis-artis seperti Cat farish (Yani), Maimon Mutalib (Mak Tini), Rama, Kenchana Dewi, Angah dan Mie (Raja lawak).

Jika inginkan filem berunsur ringan dan menghiburkan jangan lepaskan menonton filem SEMERAH CINTA STILLETO yang bakal ditayangkan dipawagam-pawagam berhampiran tempat anda. Filem komedi romantik yang pastinya mencatat kutipan Box Office seiring dengan tagline MIG, Bukan Janji Tapi Pasti!!


Lain-lain Artikel :
  1. Sekitar majlis Prebiu Filem Semerah Cinta Stilleto http://www.budiey.com/sekitar-majlis-prebiu-filem-semerah-cinta-stilleto/

 
Copyright 2010 LAYAR 1MALAYSIA 1 FILEM. All rights reserved.
Layar24 Presented by Areyap.
Bloggerized by Areyap