RSS
Selamat Datang ke Layar24. Segala sipnosis, Senarai pelakon dan juga review filem melayu terdapat disini.

LAYAR24 ALBUM

SERTAI PERADUAN DIALOG PALING KELAKAR FILEM CUN


PERADUAN DIALOG PALING KELAKAR TAK HINGAT! JOM! CUBA TRY TEST KREATIVITI ANDA! 



Remy sebagai Atan:  "........................................................."
Maya sebagai Luan: "..........................................................."

Hadiah-hadiah yang cun menanti anda!
Pemenang pertama wang tunai RM500 & 2 tiket wayang Filem Cun!
Pemenang kedua wang tunai RM300 & 2 tiket wayang Filem Cun!
Pemenang ketiga wang tunai RM200 & 2 tiket wayang Filem Cun! 
10 pemenang saguhati akan mendapat 2 tiket wayang Filem Cun!


Pemenang akan dikira melalui jumlah undian ‘LIKE’ paling banyak dalam fb Cun Movie


Langkah 1  
Muat turun gambar tersebut.


Langkah 2 
Isikan dialog di dalam bubble yang disediakan.

Atau di bawah gambar.

Langkah 3 
Kemudian pos kan pada wall facebook Cun!


Langkah 4   
Warwar pada semua sahabat, saudara & kenalan anda yang mempunyai akaun FB untuk membantu undian anda dengan cara klik ‘LIKE’ hanya dalam facebook Cun! Anda dibenarkan membuat promosi dengan apa cara sekalipun.


Syarat-syaratnya: 
Menjadikan facebook Cun! sebagai halaman kegemaran anda; dengan cara klik ‘LIKE’


Tarikh tutup peraduan 31 MARCH 2011 
Pemenang akan dihubungi melalui facebook.

FILEM MANTRA




SINOPSIS

Metrowealth (MIG) sekali lagi mempertaruhkan genre seram aksi untuk filem ke-38 terbitannya. Mantra, merupakan buah tangan terbaru daripada pengarah Azhari Zain yang dilihat mampu mencipta fenomena baru dalam pembikinan filem tempatan. Mantra memperlihatkan bagaimana ilmu hitam menguasai diri manusia sehingga memberi kesan yang mendalam. 
Melihat kejayaan Filem Santau yang mendapat kutipan 4.3 juta termasuk tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei. Mantra yang merupakan filem seram kedua arahan Azhari Zain ini di lihat mampu memberikan saingan yang kreatif dalam penerbitan filem seram tanahair dan berupaya menyaingi filem-filem seram terbitan negara asia yang lain. 
Keunikan Mantra adalah kerana ianya merupakan filem yang pertama dan terakhir bakal memaparkan Penjara Pudu sebagai lokasi pengambaran sebelum ia dirobohkan. 
Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir  (Zul Handy Black) dianiaya oleh Hasbi (Hasnul Rahmat) demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir, Rindiani (Ana Dahlia). Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.
Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah (Rozaidi Abdul Rahman) yang bakal menemui ajalnya. 
 
Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. 
Lalu muncullah Pak Long (Hamdan Hj. Ramli), seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. 
Akibat cintakan isteri dan terdesak, Hafif telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi.
Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. 
Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi.

SOALAN 1 : NAMAKAN SUTRADARA FILEM MANTRA ?
SOALAN 2 : NAMAKAN PELAKON UTAMA LELAKI FILEM MANTRA?

Hantarkan jawapan beserta nama penuh, no. tel dan alamat email anda dan emailkan ke al_jawahirul@yahoo.com sebelum 28 JULAI 2010. Hanya 3 pemenang yang bertuah memenangi 2 keping tiket bagi menonton filem Mantra sumbangan Metrowealth Pictures Sdn. Bhd. Nama pemenang akan diumumkan melalui blog ini selepas tarikh tutup penyertaan atau pihak kami akan menghubungi anda. 


TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG KUIZ MANTRA



1. FAIRUZ BIN MOHD ZAIT    EMAIL : joe_sennza@yahoo.com 
2. AUZAN AYUB                       EMAIL : auzan.a@gmail.com
3. NOR INDAH KHAIRI            EMAIL : indah@radio24.com.my


 
Enhanced by Zemanta

FILEM KAPOWW ATOI THE AJAIB BOY






FILEM KECOH BETUL




SINOPSIS :
KECOH BETUL merupakan antara sebuah kisah kehidupan anak-anak muda hari ini. Mengisahkan tiga orang pemuda yang berkawan baik. Aiman, Belon dan Joe bekerja sebagai dispatch delivery order di sebuah restoran makanan segera di ibu kota.

Mereka berdepan dengan cabaran hidup di kotaraya. Kehidupan mereka dikelilingi dengan keseronokan. Cabaran hidup mereka apabila keseronokan tidak dapat dinikmati kerana kekangan kewangan. 
Semuanya kerana wang. Mereka sanggup melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang kerana wang. Tiga sahabat ini obses dengan motor. Kehidupan mereka juga tidak lari dari motor. 
Ketiga-tiga mereka terlibat dengan aktiviti-aktiviti sosial seperti merempit dan bersukaria. Sehinggalah pada suatu hari mereka tidak dapat memenuhi tuntutan sosial mereka kerana masalah kewangan. 
Mereka terjebak dalam kancah Ah Long apabila mereka meminjam duit dari mereka. Mereka terpedaya dengan iklan mendapat duit dengan cepat telah terperangkap dalam perangkap Ah Long.
Dalam pada itu, mereka juga menghadapi konflik dalam diri mereka sendiri. Dalam mencari identiti mereka sebenar mereka tidak dapat lari dari kancah percintaan. Aiman jatuh cinta dengan gadis yang pernah ditolongnya akibat kes ragut sebelum ini. 
Dayana seorang gadis yang pernah diperdaya oleh teman lelakinya sendiri yang merupakan seorang pengedar pil ectasy. Aiman bertekad untuk mengubah hidup Dayana . 

Belon yang berminat dengan wanita berusia terpikat dengan tuan rumah yang merupakan seorang ibu tunggal, Salmah. Joe pula berusaha memikat anak gadis Salmah, Yatt@Yati yang agak kasar perwatakannya.
Kekecohan berlaku apabila mereka memerlukan wang untuk menyelesaikan hutang mereka. Dayana telah diculik kerana ketiga-tiga mereka tidak berjaya melunaskan hutang.

Mampukah mereka menyelamatkan Dayana? Mampukah mereka mendapatkan wang untuk melunaskan hutang-hutang mereka? Bagaimana mereka mengatasi kekecohan ini?


Semuanya menjadi kecoh, betul punya kecoh dan anda dapat merasai kekecohannya dengan menonton KECOH BETUL

 
Copyright 2010 LAYAR 1MALAYSIA 1 FILEM. All rights reserved.
Layar24 Presented by Areyap.
Bloggerized by Areyap