SINOPSIS
Metrowealth (MIG) sekali lagi mempertaruhkan genre seram aksi untuk filem ke-38 terbitannya. Mantra, merupakan buah tangan terbaru daripada pengarah Azhari Zain yang dilihat mampu mencipta fenomena baru dalam pembikinan filem tempatan. Mantra memperlihatkan bagaimana ilmu hitam menguasai diri manusia sehingga memberi kesan yang mendalam.
Melihat kejayaan Filem Santau yang mendapat kutipan 4.3 juta termasuk tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei. Mantra yang merupakan filem seram kedua arahan Azhari Zain ini di lihat mampu memberikan saingan yang kreatif dalam penerbitan filem seram tanahair dan berupaya menyaingi filem-filem seram terbitan negara asia yang lain.
Keunikan Mantra adalah kerana ianya merupakan filem yang pertama dan terakhir bakal memaparkan Penjara Pudu sebagai lokasi pengambaran sebelum ia dirobohkan.
Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir (Zul Handy Black) dianiaya oleh Hasbi (Hasnul Rahmat) demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir, Rindiani (Ana Dahlia). Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.