RSS
Selamat Datang ke Layar24. Segala sipnosis, Senarai pelakon dan juga review filem melayu terdapat disini.

LAYAR24 ALBUM

V3 SAMSENG JALANAN







Filem aksi yang memaparkan kisah perjalanan hidup seorang jagoan Rempit kampung yang melarikan diri  setelah terlibat dengan satu lumba haram yang membawa maut. Semasa berada di ibukota Rudy (Farid Kamil) ingin mengubah nasibnya namun terperangkap dengan sindiket Garing (Aqasha) yang menjerat beliau dengan taktik kotor.  
Secara keseluruhan filem V3 Samseng Jalanan ini banyak memaparkan aksi-aksi lumba haram yang lebih ganas dan luar biasa, sesuai dengan ungkapan dialog Garing "berlumba kena luar biasa". Gadingan jurukamera, Raja Mukhris segala shot-shot yang berkaitan dengan aksi perlumbaan sungguh menyakinkan dan teknik sinematografi beliau sangat kreatif dan menarik. 
Cuma apa yang kurang impak apabila babak Rudy bertarung dengan konco-konco Garing yang bermula dari luar tempat persembunyian Garing sehingga memasuki ke dalam dan aksi pertarungan tersebut berterusan sehingga kejadian Rudy memukul Kamsah (Lisa Surihani).  
Inilah aksi yang pastinya ditunggu-tunggu oleh anda. Aksi pertarungan diantara Farid Kamil dengan Lisa Surihani yang pastinya anda sendiri takkan percaya bahawa Lisa Surihani berupaya membawa watak tersebut dengan berkesan.
Namun oleh kerana tiada intercut shot yang sepatutnya boleh menjadikan adengan pertarungan itu lebih serius dan gerak shot yang pantas menjadikan ianya nampak biasa sahaja. Walaupun menggunakan steadycam namun jika tidak di backup dengan close up shot ianya amat kurang sempurna terutama bagi aksi pertarungan.
Mungkin pengarah cuba mengeksplore teknik steadycam namun harus difahami bahawa penggunaan steadycam ada tempatnya yang sesuai digunakan. Mungkin juga disebabkan pengarah yang terpaksa memegang watak utama dalam filem ini yang membuatkan tumpuan dari segi teknik pengarahan ada sedikit kekurangan. 
Walaupun begitu syabas diucapkan kepada Pengarah Muda yang berbakat besar keluaran Metrowealth (MIG) ini kerana berani mencuba mengarah dan berlakon bagi filem pertama arahannya dan yang ke 34 untuk David Teo.
Bagi peminat-peminat aksi rempit yang luar biasa pastinya terhibur dengan pelbagai adegan-adegan yang ganas, mencemaskan serta mendebarkan. 
Selain itu terdapat juga adegan romantis dan yang sedikit kontroversi terutamanya apabila terdapatnya adegan ciuman antara Rudy dengan Lisa (Intan Ladyana) (semasa sessi pratonton media). (Harap adegan ini tidak dipertontonkan kerana ianya bakal mencetuskan kontroversi dari segi nilai-nilai murni). Sekalipun ianya sekadar untuk memperlihatkan sikap mat rempit namun nilai-nilai moral harus dititik berat dan dipertanggungjawab oleh setiap bakal pengarah dan pengarah yang sedia ada.
Seperkara lagi tentang kontroversi berkaitan dengan babak yang diciplak dari Filem Adnan Sempit sebenarnya dari kacamata seorang pengkritik akan mendapati ianya sememangnya ada persamaan babak iaitu ketika Rudy menghantar Lisa ke pejabat setelah terlanggar pintu kereta Lisa. 
Namun ianya tidak menjejaskan perjalanan filem tersebut kerana Adnan Sempit bukan Filem Aksi Rempit dan ianya hanya Filem Komedi Ringan. Manakala V3 Samseng Jalanan pula merupakan Filem Aksi yang pastinya memukau dan mendebarkan anda dan ianya juga boleh dianggapkan publisiti secara tidak langsung.
Akhir kata Tontonilah filem yang sememangnya membuatkan anda teruja dan satu-satunya filem aksi rempit yang boleh menggegar panggung. Ayuhlah...generasi 2020 bangkitlah serta kuasailah panggung dan hangatkanlah filem yang terunggul dan terakhir yang sedang ditayangkan kerana inilah filem rempit terakhir untuk anda. Itu pun jika pihak LPF memberikan kelulusan untuk penerbitan filem aksi rempit yang lain.

Artikel yang berkaitan :

1 comments:

Unknown berkata...

Hallamak bro, asal tak listdown nama pelakon then watak diorang...aku baca Rudy tue sape pelakonnyer~?! ke aku yang miss sebab panjang ulasan kau~!?

Catat Ulasan

 
Copyright 2010 LAYAR 1MALAYSIA 1 FILEM. All rights reserved.
Layar24 Presented by Areyap.
Bloggerized by Areyap