RSS
Selamat Datang ke Layar24. Segala sipnosis, Senarai pelakon dan juga review filem melayu terdapat disini.

LAYAR24 ALBUM

SEKITAR MAJLIS DEMONSTRASI DRIFT SEMPENA FILEM EVOLUSI KL DRIFT 2



 

Sinopsis:
Perlumbaan kehidupan Zack (Syamsul Yusof) dan Sham (Farid Kamil) masih belum berakhir. Zack bukan lagi pelumba haram seperti dulu. Kini dia seorang  profesional “Drifter”. 

 
Akibat kemalangan yang di alami, Sham bukan lagi drifter setelah kakinya tempang dan terpaksa berjalan dengan bantuan tongkat. Peristiwa lampau dan keadaan dirinya yang cacat menghantui diri Sham.


Dalam kekalutan ini muncul seorang wanita bername Aleeya (Scha Al Yahya) yang juga seorang drifter profesional.
Joe (Aaron Aziz) yang terlepas dari kemalangan maut masih lagi menaruh dendam keatas Zack. Wajahnya yang berparut menguatkan lagi keazamannya untuk menghapuskan Zack dan orang-orangnya.
Orang kanan Joe, Ery (Shaheizy Sam) juga menaruh dendam pada Zack kerana kawan baiknya dipenjarakan.


Selain dari memburu Zack, Joe ingin menguasai seluruh perniagaan dadah di KL.


Inspektor Kamal (Remy Ishak) mengesyaki beberapa siri kematian penjenayah dilakukan oleh Joe.


Bagaimanakah kesudahan perlumbaan pada litar kehidupan mereka kali ini?

Adakah mereka mampu mencecah garisan penamat tanpa sebarang komplikasi?

Sama-sama kita saksikan kehebatan dan deruman drift yang pastinya menggegar sanubari anda!








Secara keseluruhan filem versi aksi drift yang kali kedua diketengahkan untuk kali ini boleh dianggap berjaya mengatasi versi pertama arahan beliau.

Sekali pun bakal berdepan dengan saingan filem tempatan yang lain yang juga mengetengahkan genre yang serupa namun kehebatan aura filem ini berupaya menegepikan saingannya.
Tahniah kepada sutradara muda, Syamsul Yusof diatas keberanian dan kreativiti beliau terhadap pembikinan filem ini sekalipun ianya mencecah anggaran 2.5 juta kos keseluruhannya.
Disamping itu jalinan usahasama yang wujud diantara Grand Brilliance Sdn. Bhd dengan Skop Productions Sdn. Bhd adalah satu jalinan yang sepatutnya diikuti oleh penerbit-penerbit filem yang lain terutamanya bagi tujuan penerbitan, promosi dan publisiti.
Mutu filem Evolusi KL Drift 2 terutamanya dari sudut sinematografi yang membabitkan aksi drift, adegan tembak-menembak, kejar -mengejar, kereta terbakar dan lain-lain yang sudah tentu berbaloi dengan kos yang dibelanjakan oleh kedua-dua pihak.
Kali ini Evolusi Kl Drift 2 sudah tentu tayangannya nanti akan pecah panggung dari segi kutipan.
Cuma sama ada ianya bakal mengatasi kutipan filem Adnan Sempit adalah sukar untuk diramalkan kerana kedua-dua filem ini mempunyai genre yang berbeza tetapi berupaya memikat penonton untuk terus setia menonton sehingga ke penghujungnya.
Tidak salah memuji dan mengangkat filem ini atas kesanggupan penerbit untuk mengeluarkan bajet yang besar bagi memenuhi kehendak dan selera penonton yang rata-ratanya sudah muak dengan helahan penerbit-penerbit lain yang suka mengaitkan bajet besar tapi mutu dan kualiti persembahan filem tersebut tidak menggambarkannya.
Akhir kata lembaran 2010 adalah merupakan sinar bagi karyawan dan sutradara muda untuk menginjakkan paradigma ke arah penerbitan filem yang lebih berkualti dan bermutu.

0 comments:

Catat Ulasan

 
Copyright 2010 LAYAR 1MALAYSIA 1 FILEM. All rights reserved.
Layar24 Presented by Areyap.
Bloggerized by Areyap